Terkini

Rabu, 13 April 2016

DAP, Muhyiddin Sedia Jalin Kerjasama Tumbangkan Umno Johor Pada PRU14

Deklarasi-Dap-Muhyiddin

KUALA LUMPUR : Berbekalkan modal isu perlucutan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku timbalan perdana menteri serta komplot menjatuhkan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin, DAP pada semalam menzahirkan keyakinan bahawa Pakatan Harapan mampu menawan 14 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan merampas 11 kawasan Parlimen milik Umno di Johor pada pilihanraya umum akan datang.

Pengerusi DAP Johor yang juga Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong berkata, untuk memastikan sasaran itu berjaya, Pakatan Harapan hanya memerlukan lima hingga sepuluh peratus sahaja anjakan undi.

"Jika 5 peratus undi Umno beralih ke Pakatan Harapan, kita mampu menguasai 7 DUN dan 7 kawasan Parlimen manakala jika anjakan itu bertambah 5 peratus lagi ke 10 peratus, kita mampu merampas 7 lagi DUN dan 4 lagi Parlimen," ujar beliau dalam satu kenyataan.

Johor yang dikatakan mejadi kubu kuat Umno selama ini, baru-baru ini, dipalitkan dengan warna gelap politik tanahair apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri secara drastik.

Keadaan ini dikatakan menyebabkan Umno Johor berpecah belah dan ianya turut disusuli oleh khabar angin yang menyebut akan berlakunya pertukaran Menteri Besar Johor tidak lama lagi.

Mengulas lanjut, Chin Tong berkata, jika berlakunya lima peratus anjakan undi dari Umno kepada Pakatan Harapan, pembangkang mampu menawan DUN berikut iaitu Gambir, Paloh, Mahkota, Nusajaya, Bukit Naning, Pemanis dan Sungai Balang manakala Parlimen pula ialah Pasir Gudang, Labis, Tebrau, Segamat, Ledang, Pulai dan Muar.

Jika anjakan itu naik lagi sehingga 10 peratus, maka Pakatan Harapan mampu menumbangkan Barisan Nasional di kerusi DUN seperti Senggarang, Semerah, Serom, Tenang, Kempas, Kemelah dan Pulai Sebatang.

Pada masa yang sama, jika momentum seperti itu berlaku, kerusi-kerusi Parlimen BN yang akan tumbang adalah Sekijang, Tanjong Piai, Johor Bahru dan Sri Gading, ujar beliau.

mahathir-muhyiddin-kitsiang

Berdasarkan ramalan tersebut, Pakatan Harapan terutama DAP Johor akan mengembeling tenaga dan mungkin akan bekerjasama dengan pihak berhaluan kiri dalam Umno untuk mencapai sasaran berkenaan.

"Untuk perhatian, 11 kerusi Parlimen tidak termasuk Pagoh dikelaskan sebagai 'bawah jajahan' pengaruh Muhyiddin," jelasnya.

"Justeru, DAP Johor bersama Pakatan Harapan akan bekerja keras untuk memastikan peningkatan sokongan rakyat dan menjadikan Johor sebagai negeri di barisan paling hadapan menerajui perubahan di peringkat negeri dan pusat," kata beliau lagi
« PREV
NEXT »

4 ulasan

  1. Ini orang banyk tadak gentlemanlah. Mau kawan sama DAP kalu kena keluar UMNO dululah. Sudah keluar nanti mai kasi kawan sapa-sapa pun tarak apa, tarak hal punyalah. Tapi ingat dia mau kena pecat dari UMNO macam itu brader Nwar dululah. Tarak apalah asal dia boleh ada rasa bahgia duduk bawah PHlah.

    BalasPadam
  2. Jika benarah begitu hasrat Muhyiddin..... bersama2 lah Kita berdoa agar muhyiddin di beri petunjuk untuk menilai semula...... kita tidak rela DAP meerintah Johor.... sebab tidak mungkin PKR yg akan menerajui Johor sedang DAP mempunyai cita2 besar agar tanah Johor menjadi kembar Kepada Singapura selepas pulau pinang. maah akan menjadi sasaran paling utama kerĂ na JHR paling hampir denan tanahbkiasu.... Sedarlah wahai Melayu JOHOR. Reakah kamu melayani nafsu Muhyiddin? bangkit Bangsa Johor.... PERTAHANAN UMNO. Jia UMNO tumbang...Muhyiddin lah datang Dan talibarutnya.... berkepaakan Tun. Kami tidak benci mereka... tidak pernah mahu membenci.... tetapi mereka lah yang merosakkan perpaduan Bangsa Kita. Semoga Allah beri petunjuk.

    BalasPadam
  3. macamana UMNO tak tumbang...ko masih sokong najib yg masih belum di sucikan tu...TSMY dah tubuh parti baru ke??..Ini org benci pemimoin bergelumang dgn rasuah ...ko masih juga kata rakyat bodoh..org bodoh pun kalau tak undi parlimen UMNO..najib akan mampos tau...

    BalasPadam
  4. terus terang, saya amat benci pada pembangkang kerana kata2 yang keluar dari mereka berunsur fitnah, kesat dan keji... kebanyakkan orang umno tidak begitu walaupun sebahagian kecil ada yang begitu... utk pembangkang rata2 mereka begitu walaupun tak semua hanya dlm PAS.

    BalasPadam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.