Terkini

Sabtu, 26 Disember 2015

Peniaga Wanita Ditahan Kerana Hina Polis Di Laman Sosial

Hina-Polis-Di-Facebook

Tindakan seorang peniaga memuat naik dan menviralkan status laman sosial dengan menuduh pihak polis memukul anaknya dan meminta wang pada 23 Disember lalu membawa padah apabila dia ditahan di kediamannya di Jalan Seri Impian 1/12, Taman Sri Impian dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asistan Komisioner Mohamad Laham berkata, tangkapan tersebut dibuat hasil risikan dan maklumat yang diperoleh bagi mengesan suspek.

Beliau berkata, suspek merupakan seorang wanita Melayu berusia 44 tahun telah ditahan lebih kurang jam 12.00 tengah malam kelmarin  atas kesalahan menghina polis di laman sosial Facebook.

“Perbuatan suspek ini telah menimbulkan persepsi buruk kepada orang awam terhadap polis. Suspek bertindak demikian kerana anaknya telah ditangkap pada 29 November lalu atas kesalahan memiliki motosikal curi.

"Kes telah dibawa ke mahkamah dan masih dalam perbicaraan. Disebabkan tidak berpuas hati suspek telah menghina polis di laman sosial facebook milik suspek,” katanya.

Bagaimanapun, Mohamad berkata, suspek telah direman selama tiga hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 iaitu jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

“Saya ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan media sosial untuk mengaibkan orang lain dan mengambil tindakan sendiri jika ada permasalahan berlaku berkaitan salah laku orang lain. Ini akan mengakibatkan tindakan undang undang dikenakan kepada mereka.

“Juga dinasihatkan orang ramai datang ke balai polis berhampiran untuk mendapatkan nasihat atau membuat laporan polis. Perbuatan menghina orang lain dalam media sosial adalah satu kesalahan jenayah dan pihak polis akan mengambil tindakan di bawah undang-undang berkaitan,” katanya dalam kenyataan media, semalam.
« PREV
NEXT »

1 ulasan

  1. MANUSIA TAK TAU UNTUNG....KASI TENYEH SAMA DIA BRO POLIS

    BalasPadam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.