Terkini

Selasa, 21 Julai 2015

Bukit Aman Ambil Keterangan Lester Melanyi

Lester-Melanyi-bukit-aman

Polis sudah mendapatkan keterangan daripada bekas pengarang Sarawak Tribune Lester Melanyi berikutan pendedahannya berhubung komplot oleh pembangkang dan pengendali laman web Sarawak Report untuk memburukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata pegawai dari Bukit Aman berada di Kuching pada 17 dan 18 Julai untuk merakamkan kenyataan Melanyi dan polis Sarawak membantu proses yang dikendalikan sepenuhnya oleh Bukit Aman itu.

"Mereka juga telah merampas beberapa peralatan komputer. Tiada tangkapan dibuat," katanya ketika dihubungi Bernama, Selasa.

Baru-baru ini Melanyi mendedahkan hampir 90 peratus kandungan laporan Sarawak Report berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) didakwa diubah suai oleh pembangkang untuk memburukkan kerajaan dan menjatuhkan Najib.

Melanyi turut mengakui menemui bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd Xavier Andre Justo, yang menyerahkan 10 peratus dokumen berkaitan 1MDB kepada pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown. - Bernama
« PREV
NEXT »

Tiada ulasan

Catat Ulasan

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.