Tony Pua Buktikan DAP Membawa Semangat Radikal 13 Mei

dap-radikal

Apa maksud Tony Pua menyeru ‘sertai saya berjuang dan mengubah Malaysia supaya Cina menguasai kerajaan’?  (Join me to fight & change Malaysia for Chinese to Rule The Government).

Seruan ini terpampang di laman sosial miliknya dengan begitu jelas sekali.   Apakah ini bermakna DAP telah mengambil keputusan untuk tidak berselindung lagi?  Mungkinkah DAP kini telah bersedia menunjukkan warna sebenar, iaitu rasis dan chauvinis?  

Tidak mustahil DAP sudah ‘letih’ berlakon dan melaungkan skrip kononnya ia adalah parti yang mewakili semua kaum.   Lebih-lebih lagi apabila lakonan mereka telah beberapa kali terkantoi terutama apabila manipulasi pemilihan CEC terbongkar.

Hakikat bahawa DAP adalah parti ‘dari kaum Cina, untuk kaum Cina dan kerana kaum Cina’ sudah tidak boleh dinafikan lagi.  Hanya Melayu dan India ahli DAP sahaja, yang sama ada pura-pura tidak faham, atau benar-benar benak tidak mampu memahaminya, yang masih menafikan hakikat ini.  

Apa yang diseru Tony Pua membuktikan bahawa semangat puak radikal yang mencetuskan tragedi 13 Mei masih segar di dalam dirinya dan juga DAP.  Benarlah apa yang diperkatakan selama ini bahawa DAP itu adalah komunis yang berjuang dalam bentuk parti politik yang sah.

Matlamat mereka tidak pernah berubah iaitu untuk menguasai negara ini dan memaksa perubahan mengikut acuan mereka, iaitu acuan komunis.  Ini bermakna tiada Islam sebagai agama rasmi, tiada Raja-raja dan tiada Hak Istimewa Melayu.

Ini juga membuktikan bahawa DAP bukannya menentang BN kerana ia korup atau tidak telus. Tetapi, DAP menentang BN kerana ia diterajui UMNO iaitu parti yang mewakili Melayu. Sekiranya BN diterajui MCA dan bukan UMNO, maka tidak mustahil DAP sudah lama dibubarkan.

Kita menghargai sikap terus terang Tony Pua.  Sekurang-kurangnya ada di kalangan DAP yang berani berjuang atas matlamat yang sebenar tanpa bersikap hipokrit.  Cara ini adalah lebih ‘gentleman’ dan perlu dipuji.

Malah, kita wajar berterima kasih kepada Tony Pua kerana rakyat kini dapat membuat pilihan dengan lebih mudah.  Sesiapa yang suka diperintah oleh rasis Cina boleh saja memilih DAP dan yang tidak suka, tidaklah akan terpedaya dengan slogan ‘parti untuk semua kaum’ seperti yang dilaungkan sebelum ini.  

Berdasarkan bukti sifat rasis dan semangat radikal yang diwarisi dari nenek moyang mereka, wajarlah diingatkan agar masyarakat lebih berhati-hati dengan DAP. Tentu ada sebab kenapa mereka inginkan penjenayah dibebaskan melalui penghapusan Akta Pencegahan dan ada sebab kenapa mereka turut mendesak yang sama ke atas Akta Hasutan. 

Ada sebab mereka terlalu takutkan Tanda Putera dan ada sebab mereka membikin filem The New Village yang menjulang komunis sebagai wira.

Jangan kita terlepas pandang akan pengajaran dari sejarah kerana mereka yang gagal belajar dari sejarah akan dihukum mengharunginya berkali-kali.  Bukan kita ingin menuduh DAP sedang merancang anarki tetapi tidak salah kita mengambil sikap ‘paranoid’ terhadap DAP kerana mencegah adalah lebih baik dari tengadah.
Kongsi di Google Plus

Tentang Khairuddin Ab Halim

Seorang insan biasa yang baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan dan aktif di laman sosial serta gemar membuat kerja-kerja sukarela. Terima kasih di atas maklum balas dan tunjuk ajar dari semua pihak yang terlibat.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 ulasan:

Catat Ulasan

Segala bentuk penulisan, pendapat, komen dan foto yang tersiar di portal ini adalah MILIK ASAL PENULISNYA yang dikutip dari pelbagai sumber di dalam internet melainkan dinyatakan sebaliknya. KAMI tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, kehilangan atau kecacatan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi daripada blog ini tanpa rujukan dari pihak yang berautoriti.