Terkini

Selasa, 23 Julai 2013

Wanita Islam Tetap Berkeras Mahu Jadi Ratu Cantik

Kathrina-Binti-Ridzuan-miss-world

KUALA LUMPUR: Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membuka kertas siasatan berhubung peserta beragama Islam yang tetap berkeras bertanding merebut gelaran 'Miss World Malaysia 2013.'

Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 7, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997, kerana menghina agama Islam.

Di bawah Seksyen 7, akta berkenaan, sesiapa yang didapati melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. "Sebagai agensi penguat kuasa agama, pihak Jawi akan menjalankan siasatan lanjut sekiranya terdapat bukti-bukti serta keterangan yang mencukupi.

"Pendakwaan akan dibuat terhadap mereka yang terlibat di Mahkamah Syariah," katanya dalam kenyataan media pada Selasa.

Fatwa mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik diwartakan pada 8 Februari 1996 mengikut Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan 1993 yang memutuskan bahawa menyertai atau menganjurkan atau menyumbang apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik adalah haram dan berdosa bagi orang Islam.

Berdasarkan laporan akhbar pada Selasa, peserta-peserta terbabit menyatakan kekecewaan mereka dengan fatwa yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik. "Oleh itu, kenyataan tersebut (kecewa dengan fatwa) dianggap telah menghina Islam," katanya.

Sementara itu, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) menasihatkan pihak Sister In Islam (SIS) agar menghentikan provokasi dan spekulasi terhadap isu fatwa pengharaman ratu cantik.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata umat Islam juga dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan kenyataan seumpama itu kerana kenyataan atau alasan yang dikeluarkan adalah tidak berasas mengikut pandangan syarak dan tidak merujuk kepada undang-undang yang termaktub di dalam Perlembagaan.

"Tidak timbul isu diskriminasi berasaskan gender, pilih bulu atau sebagainya jika kita benar-benar memahami nas-nas syarak mengenai hukum tersebut.

"Dalam membicarakan persoalan hukum hakam Islam, semua pihak khususnya SIS perlu ingat bahawa ia tidak boleh dibahaskan sewenang-wenangnya oleh golongan yang tidak berkelayakan dalam bidang agama kerana kenyataan yang dikeluarkan golongan tidak berkelayakan inilah telah menimbulkan pelbagai kacau bilau dan salah faham terhadap ajaran Islam sehingga mencalarkan maruah agama dan umat Islam seluruhnya," katanya. - BERNAMA
« PREV
NEXT »

4 ulasan

  1. kesian die, kesian mak ayah die.

    BalasPadam
  2. cantek tu !!! tp kalau kena bakor, meleleh leleh lemak menitik nitik hangus rentung hilang cantek hilang gebunya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teringat admin nak makan burger bakor...

      Padam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.