Terkini

Sabtu, 29 September 2012

Anggota Tubuh Lelaki Yang Mampu Membangkitkan Ghairah Wanita

hot-couple

Memang bertuah bagi lelaki jika sejak azali lagi sudah memiliki rupa paras yang tampan dan ditambah pula dengan susuk tubuh yang menarik. Tidak perlu bersusah payah membuat itu ini untuk menarik perhatian wanita. Hanya dengan senyuman sudah cukup membuatkan pasangan rasa bergelora.

Tapi bagaimana pula dengan si teruna yang tidak mampu menarik perhatian wanita? Usah gundah-gulana, kerana setiap insan di dunia ini dicipta berpasangan, cuma terpulang pada diri sendiri  dan pasangan masing-masing untuk merealisasikannya.

Sedarikah kamu wahai kaum lelaki, terdapat beberapa lokasi tertentu pada diri kalian semua yang sering kali di scanning wanita. Oleh itu, usah bimbang jika anda tidak memiliki postur badan lelaki sejati kerana itu hanya secara zahirnya sahaja dan yang paling penting anda mampu mendayung hingga ke 'sana'.

Penulis ingin berkongsi sedikit informasi berguna tentang anggota tubuh badan lelaki yang sering menjadi perhatian wanita. Semoga dengan maklumat ini ia mampu menambahkan lagi keyakinan diri anda apabila berhadapan dengan pasangan masing-masing.

Pinggul
Bagi wanita,punggung lelaki yang nampak berisi, padat serta kukuh, dipandang sebagai sesuatu yang menarik. Keadaan ini dianggap sebagia satu perlambangan kekuatan urat-urat tunjangyang berada di dalam pinggul. Ini berkait  rapat dengan keuayaan lelaki serta kegagahannya membawa wanita menuju kepuasan maksimum sewaktu melakukan hubungan suami isteri.

Pinggang
Sebahagian besar wanita berpendapat, bahawa pinggang lelaki mampu melahirkan rasa berahi. Ada wanita yang gemarkan lelaki berpinggang besar manakala  tidak kurang juga yang gemarkan lelaki berpinggang kecil.

Wanita yang mengemari suami berperut buncit kerana memikirkan bahawa perut yang banyak lemak serta lembut lebih menyejukkan perasaan tatkala perut si suami bergeser dengan perutnya.
Wanita yang sukakan suami yang berpinggang ramping pula beranggapan bentuk pinggang kecil memudahkan aksi dan pergerakan ketika aktiviti seksual. Malah pinggang yang ramping mengambarkan kelasakan, aktif dan memberikam kepuasan seksual kepada wanita.

Bahu dan dada
Terbukti bahawa bahagian bahu yang lebar dan dada yang bidang adalah perlambangan keberahian bagi wanita. Ini kerana bahagian bahu dan dada lelaki ini akan sentiasa bergeseran dengan tubuh, payudara dan bahagian atas dada wanita. Malah ia boleh menghangatkan pergeseran sewaktu 'foreplay' sedang berlangusng.

Bahagian bahu dan bidang dada yang kecil dianggap sebagai kurang enak untuk mencakupi keseluruhan bahagian atas tubuh wanita, sewaktu suami memberi dakapan, tindihan atau pelukan rangsangan.

Hidung
Pada sebahagian wanita , lelaki berhidung mancung memiliki daya tarikan seksual tersendiri. Ini kerana pada pipi wanita terdapat bahagian yang mengkehendaki hidung terbenam padanya selain memberi ciuman yang memuaskan wanita! Hidung lelaki dianggap sebagai satu alat pemuas nafsu wanita jika digunakan dengan berkesan. Walaupun begitu, ada juga wanita yang tidak gemar suami yang berhidung mancung kerana dianggap kurang selesa kerana berkucupan.

Bibir
Ternyata bahagian bibir  lelaki juga turut berperanan dalam merangsangkan aktiviti seksual dan kepuasan bagi wanita. Lelaki yang berbibir nipis biasanya lebih digemari oleh wanita. Kerana wanita merasakan bibir yang nipis membawa rasa lembut dan nyaman. Begitu juga dengan kehadiran kumis yang yang dianggap tambahan pada sensitiviti hubungan seksual.

Alat sulit (zakar)
Secara umumnya, zakar terbahagi kepada dua bahagian, iaitu zakar yang besar tetapi pendek dan sederhana tetapi panjang. Zakar yang besar dan panjang, umumnya bagi lelaki Asia amat jarang ditemui. Namun inilah yang seringkali diimpikan oleh kebanyakan wanita.Hakikatnya kepuasan ranjang bukan ditentukan oleh faktor saiz zakar tetapi bergantung pada teknik, stamina dan keupayaan lelaki menguasai ranjang.
« PREV
NEXT »

5 ulasan

  1. Wow...best....

    BalasPadam
  2. Terima kasih berkongsi artikel ini. Banyak input boleh dipelajari :D

    Perkongsian: Seksual Lelaki dan Perempuan

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. suka tengok kote lelaki

    BalasPadam

KLUANG TODAY tidak akan bertanggungjawab terhadap segala komentar yang diutarakan melalui ruangan komen di sini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.